Tuesday 22 October 2013

sibuk sangat ke?

Assalamualaikum.

Dah lama tak mencatat. Macam sibuk sangat.

Oh ok. 2 minggu menuju peperiksaan SPM.

Kerja selagi boleh.

Harapan orang oiiii






Pening dah kepalo den ni haaaaaa


Sedut ilmu.... hins hins hins






Ape kebendanye ni? Macam tak belajar lagi je ni... huhuk




Masa main-main dah takde.
Good luck dear.........................................

Saturday 13 July 2013

tentang dia

Assalamualaikum....

ini sudah 4 Ramadhan. Selamat berpuasa dan meningkatkan ibadah.

Tahun ke-6 Ramadhan tanpa dia.

Kadang2 rasa macam dia masih ada di sini.

Tapi bila buka mata semula, 
pandang orang2 
pandang menda2 keliling,
memang nyatalah


dia memang sudah tiada.

rindu saat dulu

Wednesday 19 June 2013

Semangat yang hilang...

Assalamualaikum...

Semangat agak menurun masuk ke kelas.
Daripada 28, hanya 11 yang hadir ke sekolah.

Itupun bawak bantal. Tidur majoriti kelas. Selebihnya main.

Tak sedar ke, SPM mula 9 November?

Ingat apa? Ini sekolah swasta ke?

Sekianlah. Tiada semangat.

~seseorang menghadiri perkhemahan peringkat daerah. untunglah...~

Terima kasih jika terbaca entri bosan ini. hehe

Tuesday 14 May 2013

belasungkawa

Assalamualaikum.

semalam 13 Mei.
bukan pasal peristiwa berdarah.

tentang seseorang yang telah pergi.

Al-Fatihah buat mak anjang Tijah.
semoga pak anjang Basri redha dan bersabar dengan ketentuan ini.

aku

Tiada lagi mata yang dapat kutatap bila rindu menyapa terhadap arwah pak.

Selamat jalan mak anjang.
Kita akan bertemu lagi.

Janji Allah itu pasti.

Sunday 17 March 2013

sesekali

Assalamualaikum...

Pernah tak dalam hidup ni... korang rasa lain bila teringat pasal seseorang yang penting buat korang tapi si dia dah berlalu dari hidup?
Maybe boyfriend / girlfriend / bestie / hubby / wifey / etc etc...

Pada pengakhirannya jika kau seorang yg mulia (ehem) mungkin kau cuba nak cakap :


'saya harap awak bahagia dengan orang yang awak sayang'

'walaupun kita dah takde apa2 tapi saya tetap amik berat pasal awak'

'saya harap kita dapat berkawan lagi pasni'



dengan muka yang sangat2 ikhlas. ok, baik nye korang! (tangan ke dada mata ke atas)
Pada aku, memang tak lah. Maybe aku jahat tapi at least aku tak menipu kan? Pastu, aku mmg tak suka nak cakap kalau semata sebab orang tu nak dengar atau nak nampak baik depan sume org. Bukan aku.
Dan selebihnya aku ada sebab sendiri... koh3

Terpandang di fesbuk, seseorang yang telah aku add masih belum accept aku jadi fren dia. Padahal dulu kami agak rapat. Mungkin dia tak ingat aku? Agaknyalah. Tapi takpe. Maybe dia perlu amik masa nk accept semua. Ramai kut yg add dia (proses sedapkan ati sendiri okayyyy)

Aku nampak juga, seseorang telah add aku utk jadi fren dia. Sehingga sekarang aku belum dapat accept dia. Bukan sebab aku masih ingat cerita lama, bukan sebab aku masih ada dendam pada dia. Entah, aku tak pasti kenapa aku masih tak boleh terima kami kembali jadi kawan pada masa ni. Aku mmg rasa lebih baik macam ni. Aku dan dia buat hal sendiri, cari haluan masing2.

Bak kata lagu Careless Whisper :

"Maybe it's better this way. We won't hurt each other with what ever we say." 

Pergh... layan oldies aku. Hehe. Untuk setakat ni. Akan datang belum tau lagi.

Dalam kedua-dua kes di atas, mmg aku ada terasa sesuatu la. Tapi aku tak tau nak describe camne rasa tu.
Kalau teringatkan makhluk2 dalam kes ni, mmg aku ada rasa tu. Nama perasaan tu je, aku takde.
Korang ada????

Terima kasih sebab sudi baca entri kali ini.

Tuesday 12 March 2013

budak baik

Assalamualaikum...

Masa aku taip entri ini, anakku Adlina Qaireen dah pun berusia 1 tahun 1 bulan.
Tak bagi hadiah apa pun.  Nasib baik dia belum pandai demand... hehehe

Actually aku dapat free baby photoshoot dekat tarikh hari lahir dia tu. Kira present untuk dia la kan, Alhamdulillah.

Kami ambil gambar masa orang sibuk-sibuk nak cuti CNY. Adlina rilek je dari mula-mula sampai, tukar baju, touch-up sikit dan main mainan untuk bergambar. Tak menangis dan merajuk macam budak-budak lain.
Sayang ummi ni budak baik kannnn. Eh, marah pulak ayah nanti! :p
Ok, sayang ummi dan sayang ayah. hehe



Adlina Qaireenku. Sporting dia duduk seorang. Ada budak lain jenuh nak dipujuk :-)



Dah siap bergambar seorang, bergambar dengan ummi pulak.


Terlopong. :-p






Akhir sekali,  kami satu keluarga. 

The three of us. yeay!




Agak-agak, Adlina ni lebih mirip muka siapa? :-)

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


Wednesday 20 February 2013

teman pengganti

Assalamualaikum...

Lama tak update kan? Sibuk. Lagipun selalu blogwalking je. hehe

Sejak kebelakangan ni, ada pulak 2, 3 orang duk tanya, bila engkau nak tukar kereta?

Aku? Tukar kereta? Apa salah kereta aku sekarang ni? Apa kurangnya dia? huhu. Terlebih drama.

Aku rasa dia cun lagi.

Sebenarnya, aku sayang sangat kat dia. Sampai tak terfikir nak tukar. Banyak kenangan aku dengan arwah pak berkenaan dengan kereta tu. Sentimental value weiiii... Lagipun setakat ni dia tak pernah menyusahkan aku. Mengapa nak membazir tukar kereta? Seriously pada aku yang sederhana ni, memang membazir la tu.

Maybe pada sesetengah orang, itu satu keperluan. Kepuasan. Tapi aku tahu itu bukan aku. 
Biarlah orang nak beli rumah mewah. kereta mewah, baju cantik, perhiasan mahal...
Pada aku, kalau aku tak nak, memang aku tak beli. Biar orang panggil kuno, outdated sekalipun.

p/s : aku tau, dalam hidup ini, aku menginginkan sesuatu yang lain. :-)